Ramadhan datang lagi… membuatkan diri ini terkenang pada kenangan
tiga tahun yang lalu ketika pertama kali menyambut ramadhan di perantauan tanpa
keluarga disisi, hanya teman-teman dan senior. Bukanlah mudah untuk seorang
anak bongsu perempuan yang sangat manja ini untuk berjauhan dengan keluarga dan
perlu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang amat berbeza dari
Malaysia.. Ramadhan di sini amatlah panjang perlu berpuasa lebih dari 12jam
kerana pada musim panas siang lebih panjang dari malam…
Jika di Malaysia ibu yang akan menyediakan juadah untuk bersahur,
tapi di sini diri sendiri yang perlu menyediakan sahur.. tahun pertama kami
tinggal di sakan (mcm hostel), kawan-kawan banyak membantu dan mengajar diri
ini untuk lebih independent dan bijak menguruskan diri sendiri. Di sinilah juga
saya mula menghargai kudrat seorang yang bergelar IBU. Bangun seawal mungkin
untuk menyediakan sahur dan mengejut anak-anak yang pelbagai kerenah bangun
untuk bersahur. Apabila turn saya menyediakan sahur barulah saya tahu bukan
mudah untuk mengejut kawan-kawan bangun bersahur… ada yang sangat liat untuk
bangun ada yang dengan sekali kejut terus terjaga. >_< kebiasaannya xsemua orang akan bangun
bersahur.. selepas bersahur dan solat subuh.. kami akan tidur sebentar sebelum
ke kelas.. subuh seawal jam 3pagi dan kelas pukul 8 pagi.
ce teka ap nie?? |
Berbuka adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua orang untuk
menjamu juadah yang dibeli di bazaar ramadahan.. 15 minit sebelum berbuka mesti
semua sudah duduk di hadapan meja makan untuk berbuka.. Di sini sementara
menunggu berbuka jam 8malam kami akan bertadarus al-quran beramai-ramai di
surau sakan.(agak berbeza pendekatan disini dengan Malaysia ;) jika di Malaysia ramai orang akan
berpusu-pusu ke bazaar untuk membeli ayam percik, murtabak, dan macam-macam
lagi (@_@).. tapi kami di sini tiada bazaar.. semuanya masak sendiri.. teringin
nak makan akan google resepi dan masak la… kalau dah malas sangat, saya akan
mula membodek kawan-kawan yang ala-ala masterchef untuk masakkan.. dan Alhamdulillah
walaupun tiada bazaar kami masih diberikan rezeki yang melimpah ruah untuk
berbuka..^_^ bulan ramadhan ini jugalah menguji kemahiran saya memasak tanpa
dapat merasa cukup ataupun tidak kuantiti garam (ikut hati je la). Time berbuka
kawan2 pun kata ‘biasalah orang baru belajar masak ni lama-lama pandailah.’.
Amiin (dalam hati aku berbisik).. kawan- kawan selalu berfikiran positif jarang
marah walaupun saya tahu kadang-kadang saya masak xsedap pun.. =(.. (tapi kena juga masak sebab walau setinggi
mana pun kerja seorang perempuan itu.. msti akn msuk dapur n masak la..) FRIENDS
are hard to find. In a LIFETIME you get only a few. And when you FIND, then you
always KNOW them by sight and HEART alone, you always GROW a little bit taller
in your soul, and you know you have been BLESSED just to know them
Usai solat maghrib, kami pun beramai-ramai menuju ke masjid untuk
solat isyak dan tarawih.. tarawih disini sangatlah panjang kerana imam akan
menghabiskan sehari sejuzuk n it means 30 days puasa so khatam la alquran
30juzuk.. so amatlah meletihkan bagi makcik2 mereka akan siap2 letak kerusi n
bila xlarat mereka berdiri mereka pun duduk.. habis solat around 11 lebih balik
terus study.. n selalunya x tidur sampai sahur n subuh.. after that b4 g kelas
baru tidur.. kalau di malaysia ada moreh kat sini tiada pun.. kalau makanan
berbuka banyak lagi untuk sahur la jawapnya. Yang menariknya siapa yang
bernasib baik… lepas habis tarawih ada makcik arab akan pelawa datang rumah
mereka n menghidangkan pelbagai jenis makanan arab.. tapi sayangnya
kebiasaannya semua orang dah xlalu nak makan.. n bergegas nak balik dengan
muraqib (aka syabab2 perkasa yang akan menghantar akhawat2 ayu gitu.. hehe
pulang ke rumah masing-masing.. ooh sweet kan >_<) .. itulah serba
sedikit coretan dari diri ini tentang pengalaman Ramadhan di negara orang.
No comments:
Post a Comment