Thursday, October 31, 2013

diri ini

diri ini kadang-kadang seperti debu
sekali angin tiup terus hilang entah kemana

diri ini kadang-kadang seperti udara,
tidak dapat dilihat hanya merasa

diri ini kadang-kadang seperti layang-layang yang terputus tali
berterbangan tanpa arah tujuan
lalu akan jatuh ke tanah jua

diri ini bagaikan roda
kadang di atas kadang di bawah

diri ini hanyalah insan yang lemah
tetapi terus hidup dengan semangat yang kuat
keazaman yang kuat
kebergantungan kepada Allah
itulah yang menjadikan diri ini
mampu menghadapi segala cabaran dan dugaan 

 
la tahzan ^_^ 
why i must be sad when happiness come to me

Allah turunkan hujan 
kita bersedih tidak dapat kluar umh
tetapi selepas hujan itu 
Allah bagi pelangi yang sangat cantik..
- sedarlah sesuatu yang berlaku itu walaupun pahit
sebenarnya ada kemanisan disebaliknya
ada hikmah yang kita belum temui..

teruskan mencari dan berdoa kepadaNya

2 comments: